Friday, 25 November 2011

aku dan air mata

jatuh air mataku iringi remuk redam hatiku
saat ku kehilanganmu
dan hanya rintik hujan yang menemani aku
di saat aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua dalam dinginnya
aku pandangi hanyalah langkahmu

wahai kau air mataku
hanya engkaulah tepi hidupku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya


tak bisa aku bertahan, selama ini aku bertahan
lewati semua dalam dinginnya
aku pandangi hanyalah langkahmu


jatuhnya pun masih di pangkuku
tak perlu kau berpaling

wahai kau air mataku
wahai kau air mataku




di setiap detak jantungku
hanya engkau yang menemaniku
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya

(wahai engkau air mataku
hanya engkaulah tepi hidupku)
saat aku kehilangannya, saat aku kehilangannya
jatuh air mataku, iringi remuk redam hatiku

:: feel like dat ? hmm ~

Thursday, 27 October 2011

bila perempuan menangis ~

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

- hmmm - :(

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata..
Sesuatu yang 'terlalu' dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas.

Hidup terlalu singkat.
Hidup hanya sekali.
Yang pergi tak kan kembali.
Yang hilang, mungkin tumbuh lagi...

Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula.
Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti?
Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula?
Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada.

Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman.
Mungkin esok, anda tidak 'pulang' atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu.
Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta.

Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!..

- to mr ily -

cinta spt menunggu bas !

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

suka , cinta atau sayang ?

Saat kamu MENYUKAI seseorang,kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri. Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri. Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apa pon untuk kebahagiannya walau kamu harus mengorbankn jiwamu. saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya "bolehkah aku menciummu?" saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya "bolehkah aku memelukmu?" saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggengam erat tangannya.. SUKA adalah saat dia menangis kamu akan berkata "sudahlah jangan menangis" SAYANG adalah saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya. CINTA adalah saat dia menangis dan kamu akan membiarkan dia menangis di bahumu dan dengar isi hatinya dan cuba selesaikan. SUKA adalah saat kamu melihatnya dan berkata " awk sgt cantik/ensem" SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan dgn matamu. CINTA adalah saat kamu melihatnya dan berkata " awk adalah anugerah terindah yg tuhan berikan" pada saat org yg kamu SUKA menyakitimu, kamu akan marah dan xmahu bercakap dgnnya. pada saat org yang kamu SAYANG menyakitimu, kamu akan mennagis untuknya. pada saat org yang kamu CINTA menyakitimu, kamu akan berkata "xpa..dia xthu apa yg dia lakukan" pada saat kamu SUKA padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukai kamu. pada saat kamu SAYANG padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA memilih. pada saat kamu CINTA padanya, kamu akan MENANTI dia dgn setia dan tulus. SUKA adalah kamu akan menemaninya bila menguntungkan. SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan. CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak perduli walau apa pon keadaanmu. SUKA adalah hal yang menuntut. SAYANG adalah hal memberi dan menerima. CINTA adalah yang memberi dengan rela. ps: suka.sayang n cinta adalah tiga yg berbeza.......kita selalu suka org...kita kadang2 sayang org tp kita sukar cinta org.........mencari cinta dengan sayang tp mencari cinta xperlu suka n sayang....hiduplah dgn suka..sayang dan cinta ...

by me ....

Kita Tidak Pernah menerima apa Yang Kta minta
Namun Allah selalu memberi apa Yang kita Butuhkan
.
Saat Kita memohon kepada Allah Bantuan
Dia Memberi Kita Kesempatan
.
Saat Kita memohon Kepada Allah Sebuah Cinta
Dia Menghadirkan,Seseorang bermasalah untuk kita tolong
.
Saat kita memohon kepada Allah Keberanian
Dia Hadiahkan Kita suatu kondisi yang berbahaya untuk Kita atasi
.
Saat Kita Memohon kepada Allah Kekuatan
Dia Anugerahkan Ujian dan Cobaan agar Kita menjadi Kuat
.
Saat Kita memohon kepada Allah kesejahteraan
Dia Menyediakan Akal untuk Kita Berfikir
.
Saat Kita MeMohon Kebijaksanaan
Dia karuniakan Masalah untuk Kita pecahkan_

"Maka NIkmat Allah yang Mana Yang Kamu Dustakan ?" {QS.Ar-Rahman}

by me ....

Kita Tidak Pernah menerima apa Yang Kta minta
Namun Allah selulu memberi apa Yang kita Butuhkan
.
Saat Kita memohon kepada Allah Bantuan
Dia Memberi Kita Kesempatan
.
Saat Kita memohon Kepada Allah Sebuah Cinta
Dia Menghadirkan,Seseorang bermasalah untuk kita tolong
.
Saat kita memohon kepada Allah Keberanian
Dia Hadiahkan Kita suatu kondisi yang berbahaya untuk Kita atasi
.
Saat Kita Memohon kepada Allah Kekuatan
Dia Anugerahkan Ujian dan Cobaan agar Kita menjadi Kuat
.
Saat Kita memohon kepada Allah kesejahteraan
Dia Menyediakan Akal untuk Kita Berfikir
.
Saat Kita MeMohon Kebijaksanaan
Dia karuniakan Masalah untuk Kita pecahkan_

"Maka NIkmat Allah yang Mana Yang Kamu Dustakan ?" {QS.Ar-Rahman}