Thursday 27 October 2011

sedamai~~

Hatiku basah dengan hujan,
hasil tebing utuh sang mata,
maka di dalam jiwalah yang kebasahan,

Pelik dengan mereka yang berpesan,
kepada Allahlah kita patut sujud,
agar Dia yang menghentikan hujan,
sungguh,
apakah mereka lupa hatta Adam di syurga juga kesunyian?

Doa adalah tawakkal,
maka di manakah pencarian?
Mengharap adalah pergantungan,
maka di manakah usaha dalam kekerasan?
Yang Memayungi Jiwaku,
menunggu hanyalah impian,
mana gerak langkah untuk merealisasikan?

Lencun jiwa dengan titisan lebat,
basah hati dengan curahan deras,
sendiri aku berdiri di dalam ruangan diri,
tangis tersembunyi dalam asimilasi,
Ilahi memerhati dengan senyuman,
kerana itu aku terus bersabar melakukan gerakan,

Nanti tatkala Yang Memayungi Jiwa kugapai,
aku akan tersenyum,
kerana jiwaku damai.

Ibarat hilangnya resah Adam di syurga,
tatkala di sisinya diwujudkan Hawa .


- mrs ily -

No comments:

Post a Comment